Aku berbisik dari ruang hati, aku berlagu dari kotak jiwa, aku meriwayat dari lembar sejarah, aku berpesan dari corong insan, aku berkasih dari naluri, aku merintih dari hujung doa, aku bukan sesiapa, cuma seorang insan yg mohon dicinta pada landas bahagia dan setia...aku sekadar Wanita , sebahagian tulang rusuk Adam, Yg dekat di jiwa untuk dicinta dan dekat dihati untuk dikasihi ....

Istimewanya Kejadian Wanita...

 


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,”Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???”
Tuhan menjawab,”Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?” Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan”.
Malaikat menjawab dan takjub,”Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!
Tuhan menjawab,”Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari”.
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,”Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?”
Tuhan menjawab,”Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata.”
“Untuk apa???”, tanya malaikat.
Tuhan melanjutkan,”Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. ”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”

“CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA…”

Saat Terakhir Jasad di Dunia...


 

untuk merenungkan indahnya malam pertama,
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata,
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa,
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut..

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara,
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok badan Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu..

Setelah dimandikan..,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan,
Wangian ditaburkan ke baju Kita...
Bahagian kepala.., badan..., dan kaki diikatkan,
Tataplah.... tataplah...itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga,
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul,
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga,
Serta rasa haru para handai taulan,
Alunan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir,
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Untuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan..

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah,
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Atau kah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tidak seorang pun yang tahu....

Kisah Peminum Arak- IKHTIBAR


Arak Menjadi Madu  PDF Print E-mail

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"
Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."
Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman,
" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"
Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

Nabi S.W.T juga telah bersabda:
 "Peminum arak akan kuluar dari kuburnya dalam keadaan terlebih busuk daripada bangkai dengan satu pelita tergantung di lehernya, satu bekas pada tangannya dan apa yang ada antara kulit dan dagingnya  dipenuhi beberapa ekor ular dan jengking, dipakai kedua-dua kakinya dengan kasut daripada api lalu menjadi panas kedua-dua kasut itu hingga mendidihkan otaknya yang mana ia tinggal bersama dengan Firaun, Haman dan Qarun."
Sabdanya lagi bermaksud:

"Akan datang pada hari kiamat orang yang meminum arak dalam keadaan hitam mukanya, merah kedua matanya, lidahnya terjelir sampai ke dada, lalu keluar daripada mulutnya nanah,maka seluruh manusia amat membencinya. Oleh itu jagan sesekali memberi salam kepadany dan jangan menziarahinya ketika diasakit serta jagan disolatkan apabila dia mati kelak. Sesungguhnya Allah S.W.T menyeksanya seperti orang yang menyumpah ibu bapanya dan baragsiapa yang minum arak di dunia diharamkan oleh Allah S.W.T ke atasnya di dalam syurga."
Diriwayatkan pula daripada Aisyah r.a bahawa Nabi S.A.W. bersabda ertinya:

"Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang meminum arak satu suapan sekalipun akan dibinasakan tubuhnya dengan beberapa ekor ular dan kala yang mana patukan dan gigtannya berterusan hinggalah hari kiamat. Dan baragsiapa menunaikan hajatnya seolah-olah ia menolong meruntuhkan agama islam. Barangsiapa yang meminjamkan walaupun satu dirham maka seolah-olah dia menolong membunuh seorag mukmin yang soleh dan baragsiapa yang menghalalkan arak maka sesungguhnya orang itu lepas daripadaKU dan AKU juga lepas daripadanya."



AIR MATA SEORANG WANITA...

 
 

  • YA ALLAH, mengapa wanita sering menangis? 
    JwbNya:
    Kerana wanita itu unik. AKU ciptakan ia sbg makhluk istimewa, AKU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya, AKU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman, AKU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia, AKU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah, AKU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun, AKU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang2 yang ia sayang. Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis,itu kerana AKU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru. 
    "WANITA..KAMU ISTIMEWA" 
     
     

    Saat Kematian Itu Akan Tiba...



    Tanda-Tanda Saat Kematian

    100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

    60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

    40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

    7 hari : Mengidam makanan.

    5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

    3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

    2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

    1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

    Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

    Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

    ******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

    Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
    "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

    Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
    "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

    Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

    Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

    "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
    Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

    "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

    Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

    "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

    Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

    "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

    "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

    Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

    Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

    1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
    2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
    3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
    4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
    5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
    6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
    7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

    Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

    1. Orang-orang yang mati syahid.
    2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
    3. Orang berpuasa di hari Arafah.

    Cubaan Jin Mengganggu perbualan talifon...


    Jin ni tau ker yang ini adalah siaran secara langung???, ermm..nak interprim gak kot... Wanita dalam talian relak jer, mcm dah biasa berlaku.  Tak sangka, benda2 mcm ni berlaku di negara Islam , tapi Jin ni mengaku bukan Islam...apa tujuan khadam ini hanya Allah dan mereka saja yg tau...Astagfirullah al'azim///

    SIAPA GOLONGAN SYIAH INI????

    Syiah sememangnya sudah terkenal dengan sikap bermuka-muka dan memutar-belit cerita sejak dahulu lagi. Sememangnya kita patut menentang mereka. Ajaran mereka, sudah terbukti terlalu ekstrim dan melampaui batas. Mereka menghina Rasulullah SAW, Isteri baginda RA dan para sahabat secara terang-terangan. 

    Anda saksikan video ini, anda nilai sendiri. Ia satu realiti yang selama ini terselindung dari pengetahuan kita. Mereka saudara kita. Kita harus bangun menentang golongan pengkhianat Islam ini. 

    Dengarkanlah rintihan lelaki ini...membongkar kekejaman golongan Syiah ini...Subhanallah...
    Terlalu banyak penyelewangan Syiah ini.  Mengaku islam namun banyak benar yg bertentangan dengan ajaran agama kita .  Pernah suatu ketika saya mengerjakan umrah pada tahun 2010,, saya terlihat beberapa kumpulan syiah yg sedang meratap dan berzikir yg pada hemat saya, sedang merintih keampunan Allah.  Berhambiran di perkuburan Ba'qi, mereka berkumpulan dan mula membaca doa(petikan) diikuti dgn tangisan oleh pengikut2 lain, rupa2nya mereka sedang memaki hamun Sahabat2 Rasulullah, Saidina Abu Bakar,Uthman dan Umar.  Astagfirullah a'lazim...sampai begitu sekali mereka membenci khalifah ar-rasyidin tersebut .  Betapa sesatnya mereka, itu belum lagi amalan2 yg lain. Kahwin contrak (mutaah), menzalimi wanita, menghalalkan darah muslim yg lain (bukan Syiah) dan macam2 lagi....


    Beribu Sesalan


    Ku susuri malam ini
    Yang tidak berbintang sunyi sepi
    Juga rembulan dah menghilang
    Dalam kelam ku sendiri

    Ku mencari hembus bayu
    Yang selalu berbisik madah rindu
    Kini membisu dalam sayu
    Tidak ku temu suaramu

    Kekasihku di jalanan yang berliku
    Di saat ku perlukanmu
    Tertutup juga segalanya terhadapmu
    Di sini ku tersedu-sedu

    Setelah cinta pergi
    Ku mengusung duka ini
    Diiringi

    Kisah janji
    Dimungkiri lagi

    oh~ oh~

    Kekasihku di jalanan yang berliku
    Di saat ku perlukanmu
    Tertutup juga segalanya terhadapmu
    Di sini ku tersedu-sedu

    Setelah cinta pergi
    Ku mengusung duka ini
    Diiringi

    Kisah janji
    Dimungkiri
    Dimungkiri

    Sia-sia ku
    Mencintaimu
    Setia padamu
    Percayakanmu

    Sebak dadaku
    Retak hatiku
    Luka jiwaku
    Dihiris pilu

    Sia-sia ku
    Mencintaimu
    Setia padamu
    Percayakanmu

    Sebak dadaku
    Retak hatiku
    Luka jiwaku
    Dihiris pilu

    Beribu sesalanku~~

    Work, play, music all in one with #CelcomSamsungGalaxy !

    Work, play, music all in one with #CelcomSamsungGalaxy !

    Do you maintain or skip the simple regime of wash, tone and moisturize? #BreakthroughChallenge

    Do you maintain or skip the simple regime of wash, tone and moisturize? #BreakthroughChallenge

    Ajal Disaat Solat....Subhanallah...


    Ketika Malaikat Maut datang menghampiri untuk menjemput seseorang karena ajalnya telah tiba, maka orang itu tidak akan luput dari padanya, kemanapun ia akan berlari untuk bersembunyi, meskipun ia dirawat dan dikelilingi oleh team dokter yang paling ahli sekalipun, dengan peralatan tekhnologi medis yang paling canggih dan mutakhir sekalipun. Semua itu tidak akan dapat menolong dan menghindar daripada kematiannya. Sebagaimana ditegaskan dalam Quran :

    Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". ( QS. Al-Jumuah : 8 ).

    Perhatikan khutbah Rasulullah saw. Berikut ini :

    Wahai manusia, bertobatlah kepada Allah sebelum kamu sekalian mati, dan bersegeralah memperbanyak amal salih sebelum kamu sibuk ( tidak punya kesempatan ), jalinlah komunikasi antara kamu dengan Tuhanmu dengan memperbanyak dzikir ( mengingat ) kepadaNya, perbanyaklah sedekah baik secara terang-terangan maupun rahasia, maka kamu akan dianugerahi rezeki, pertolongan dan diberi ganti yang lebih baik.

    Tidak ada seorangpun yang tahu, kapan kematian itu akan datang menghampiri dan menjemputnya. Yang pasti apabila saat itu telah tiba, maka tidak dapat dimajukan dan tidak pula dimundurkan walaupun hanya sedetik saja.

    " Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya).
    ( QS. Yunus : 49 ).
    Ketika seseorang berada dalam situasi tekanan kematian(sakaratul maut) dan nyawa sudah sampai pada kerongkongannya, maka diperlihatkanlah tempat yang dihuninya kelak, apakah tempat itu indah dan membahagiakan ataukah sebaliknya tempat itu menyeramkan atau menakutkan.


    Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan,padahal kamu ketika itu melihat, (QS.Al-Waqiah : 83-84).

    Sebagaimana halnya yang disebutkan dalam sebuah hadist, Rasulullah saw bersabda :

    Sesungguhnya ruh orang mumin itu tidaklah keluar( mati ), sehingga ia melihat tempatnya di surga. Dan ruh orang kafir itu tidaklah akan keluar(mati), sehingga ia melihat tempatnya di neraka.
    Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu ( QS. Ali Imran : 185 ).

    Fadhilat Bismillah 6 - Indahnya Islam...

    Bismillah Enam
    Bismillah Enam

    Antara Fadilat2nya :

    • Makbul segala hajat dan cita-cita.
    • Luas rezkinya.
    • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
    • Menang dalam peperangan.
    • Penerang hati.
    • Diajuhkan dari segala penyakit.
    • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
    • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
    • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
    • Aman daripada binatang2 buas.
    • Air laut menjadi tawar.
    • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
    • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
    • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
    • Terselamat dari karam dilaut.
    • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
    • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
    • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
    • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
    • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
    • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
    • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
     
    Untuk Rawatan
    Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

    Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.


    AMALKANLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.



    P/S :  Ikhtiar itu tuntutan agama, kita diberi jalan untuk berusaha, hanya Allah swt yg menentukan segalaNya.  Setiap yg baik akan di akhiri dgn baik juga, begitu juga sebaliknya.   Hamba yg sentiasa bertakwa tidak akan bersoal jawab pd takdir yg ditentukan baginya.  Berdoalah...kerana doa sajalah yg menjadi jalinan hamba dengan Penciptanya...

    BLUE HOLE ..Subhanallah..kejadian alam yang menakjubkan...


    Istilah Black Hole–’lubang’ atau medan gavitasi yang sangat kuat namun tak terlihat oleh mata telanjang–mungkin sudah sering anda dengar. Lalu bagaimana dengan Blue Hole, pernah dengar juga??? Berbeda dgn black hole yg tak bisa terlihat, Blue Hole justru terlihat nyata, apalagi dari ketinggian, karena letaknya memang di laut nanbiru.
    Great Blue Hole menurut National Geographic, ditemukan di laut Belize–negara kecil di pesisir Timur Amerika Tengah,.Dahulu disebut Honduras Britania hingga 1973, Belize adalah bekas jajahan Britania Raya selama lebih dari satu abad. Nama “Belize” diambil dari Sungai Belize— memiliki kedalaman 480 feet atau 146 meter.



    Laungan Azan di dalam Gereja...

    Lazimnya laungan azan akan kedengaran di corong2 pembesar suara dari masjid2, namun kali ini ia dilaungkan dgn begitu indah sekali di dalam sebuah gereja.  Siapa pemuda ini???

    "This guy is Abdelwahab Ben Youcef, an Algerian, studied in London and US. An actor in famous TV series like Law and Order, NCIS and HomeLand Security etc and also a model in many commercials in US and leading US magazines. The Azan was for Interfaith Service for Peace which was attended by Muslims"


     
    Untuk lihat versi penuh  'majlis keamanan' ini sila lihat sini

    MISTERI MAYAT DI ATAS KUBAH HIJAU ( MAKAM RASULULLAH)

    http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2011/09/jenazah-diatas-kubah.jpg 

    Kisah pabila  seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang.
    Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan “Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i’tibar”.
    Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google “Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi”.
    Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul Saw adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik.
    Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111).
    Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut?
     
     
    p/s : mengapa lelaki tersebut memanjat kubah berkenaan? boleh rujuk kat sini

    Siapa DAJJAL???

    "Ya Allah aku berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam dan dari siksa kubur dan dari ujian dlm kehidupan dan ujian setelah mati dan juga aku berlindung dgn Engkau daripada kejahatan Al Masih Dajjal.." H.R Muslim.(ayat bacaan di dlam tahiyat akhir)

    Ujian Allah swt menerusi makhluknya yg bernama Dajjal ini adalah
    sebesar-besar ujian yg ditimpakannya kepada umat manusia yg beriman.  Tidak ada ujian lain yg menyamainya apakan lagi melebihinya. 
    Dalam hal ini baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
    "Sejak Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat
    nanti tidak ada satu ujian pun yg lebih dahsyat daripada Dajjal" H.R
    Muslim.

    Asal-Usul Keluarganya:

    Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin
    atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan
    ajalnya "Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat
    oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga
    beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan
    mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

    Dajjal, ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus.
    Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke
    dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

    Sifat² Badannya: Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah
    bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat
    (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis SahihMuslim)

    Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis²
    Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda;
    Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

    Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua: 

    1)  Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat. 2)   Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

    Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma
    dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum
    itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

    Tempat Tinggalnya Sekarang:

    Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim",
    bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di
    sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-
    Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk
    ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini
    jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa
    yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini
    dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

    Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya?? 

    Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

    Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: "Wahai
    Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi
    saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg
    pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari
    ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu
    37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya
    lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu,
    apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu
    sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

    Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg
    berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti
    biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
    sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

    Fitnah Dajjal:

    Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini.
    Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah: 

    1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam
    kelaparan dan kebuluran.

    Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: "Jadi apa
    yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?"

    Nabi menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R Ibnu Majah

    2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka: Di antara ujian
    Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

    3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya: Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam "... Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?
    Nabi menjawab: "Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin
    yang kencang." H.R Muslim

    Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci
    umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

    4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
    Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan,
    inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu
    Adam a.s.
    (sambung) 

    Sebalik kisah Bukit Kepong...Siapa Pejuang Siapa Pitualang...


    Hangat sungguh isu ini...siapa petualang..siapa pejuang.  pada mereka yg buta sejarah, eloklah berdiam dr anda merobek hati mereka yg  banyak berjasa kepada negara...lebih baik anda dengar video penjelasan drpd mereka yang benar layak utk menjelaskan...AMARAN...JANGAN POLITIKKAN SEJARAH NEGARA< SEJARAH BANGSA ...ANDA PASTI BINASA....