Semalam saya terjumpa satu blog dan amat tertarik dgn kisah pasangan bukan melayu ini. Disini saya menceritakan semula serba sedikit kerana 100% catatan itu dalam bahasa Inggeris. Ikhtibarnyalah yang perlu kita kupas..
Kisahnya :
Malam itu aku ingin bicara dgn isteriku tentang keputusan mengenai hubungan kami. Ku ajak dia berbincang sambil kugenggam tangannya, dalam tekad aku nyatakan " saya mahu kita berpisah". Dia terpaku, genggaman tangan di lepaskan. Dadanya berombak deras, tubuhnya menggigil maka berhamburanlah air mata tanpa kata-kata. Aku terkedu. "apa sebenarnya yang berlaku?, apakah kita tidak bahagia selama ini atau mungkin ada cinta baru di hati abang..."
Kisahnya :
Malam itu aku ingin bicara dgn isteriku tentang keputusan mengenai hubungan kami. Ku ajak dia berbincang sambil kugenggam tangannya, dalam tekad aku nyatakan " saya mahu kita berpisah". Dia terpaku, genggaman tangan di lepaskan. Dadanya berombak deras, tubuhnya menggigil maka berhamburanlah air mata tanpa kata-kata. Aku terkedu. "apa sebenarnya yang berlaku?, apakah kita tidak bahagia selama ini atau mungkin ada cinta baru di hati abang..."
"Ya, saya rasa hubungan kita tidak semesra dulu, saya tidak merasa cinta dalam hubungan kita lagi, dia hadir memberi cinta baru dalam hidup saya", balasku penuh keyakinan. Sememangnya aku sedang dilamun cinta, betapa hangatnya cinta itu tidak seperti bersama isteri yang ku kahwini 8 tahun dulu ini. Hubungan kami hambar setelah lahir cahaya mata, rutin harian kami terlalu membosankan. Aku perlu perubahan, aku perlu cinta dan harapan baru.
Malam itu aku tidur lena, lega kerana dapat melepaskan niat yang terbuku di hati, ku lihat dia masih di situ, di meja tulis , termangu kaku. Aku biarkan saja, ku sambung kembali mimpi-mimpi indah tadi.
Keesokannya dia menghulurkanku surat perceraian, tiada sebarang tuntutan cuma dia mahu tempoh 1 bulan hidup bersamaku kerana tidak mahu mengganggu emosi anak kami yang akan menduduki peperiksaan. Dia juga mahu aku melaksanakan syaratnya selama itu iaitu mengendongnya setiap kali keluar dan masuk kamar seperti baru-baru perkahwinan kami. Aku akur asal segala impian ku tercapai.
Mulai pagi itu, aku mengendongnya keluar kamar hingga kepintu. Anakku bersorak dan bertepuk tangan dengan gelagat kami. Dia hanya memejamkan mata agar rahsia kami tidak diketahui. Hari kedua dan seterusnya menjadi lebih mudah tidak seperti hari pertama. Saat dia meletakkan wajahnya ke dadaku, jelas sekali perubahan dia, pucat , lesu dan tidak bermaya. Tersentuh hatiku melihat penderitaannya. Baru kusedar tubuhnya kian kurus, cengkung dan kosong. Aku mula mengimbas kenangan saat-saat bahagia kami, saat aku melamarnya dan saat-saat indah pertama kali kubawa dia ke rumah ini. Betapa aku baru sedar, begitu banyak pengorbanannya untuk ku. Betapa besarnya cintanya buatku. Baru aku tersedar betapa hanya dialah wanita yang aku cintai. Selama ini aku yang buta, cinta itu sentiasa ada cuma kami tidak menyemarakkanya. Aku kesal kerana menyakitinya. Esok cukup sebulan perjanjian kami, aku perlu bicara dengannya. Aku tak mahu kehilangannya. Aku masih memerlukannya, Aku masih cinta padanya.
"Yang, saya rasa tidak mahu berpisah dengan awak," itu saja ungkapan yg mampu ku kata
"Abang bermimpi ker?" dia berlalu dengan senyuman sinis. Aku bergegas keluar rumah, aku mesti merebut kembali cinta isteriku. Aku mendapatkan sejambak bunga buat isteriku, dan meletakkan catatan " Saya mahu terus mengendongmu ke kamar hingga ke akhir hayatmu..."
Aku terus pulang, tak sabar rasanya mendakap kembali hangat cinta isteriku dan yang kutemui dikamar hanya sekujur tubuh yang kaku, mati...
p/s : Cintailah isteri kamu selagi masih ada kesempatan. Jangan sampai kamu kehilangannya, di waktu itu tiada gunanya lagi.
nota : Cerita diatas saya tulis semula mengikut sentuhan saya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan