Maksudnya, selagi mana kita menjaga perintah Allah swt dengan menunaikan kewajipan kepadanya & menjauhi segala laranganNya. Maka, Dia berjanji akan menjaga kita.
Allah swt boleh jaga kita dengan pelbagai cara. Dia mampu jaga kita daripada segala bentuk mala petaka, tipu daya syaitan, fitnah dan sebagainya.
Namun persoalannya sekarang, sejauh mana kita sebagai hamba Allah dapat menunaikan hak-hakNya. Dan sekuat mana keyakinan kita kepada Allah, bahawasanya apabila kita taat perintah Allah, Allah akan menjaga kehidupan kita.
Pengajaran #2: Jangan kamu dekati zina (ayat Quran)
Umum mengetahui bahawa zina (persetubuhan sebelum nikah) adalah sesuatu yang diharamkan dalam Islam. Namun,menurut tafsir yang dibuat oleh para ulama’ berdasarkan ayat di atas, bukan zina sahaja yang diharamkan, malah, semua benda yang mendekati zina (membawa ke arah zina) adalah juga HARAM.
Oleh karena itu, ada ulama yang mengatakan, bahawa barangsiapa yang boleh menjaga empat hal ini (pintu masuknya tipudaya syaitan sebelum zina), maka bererti dia telah menyelamatkan agamanya:
- Al-Lahazhat (pandangan pertama),
- Al-Khatharat (keinginan yang melintas dalam fikiran),
- Al-Lafazhat (lidah dan ucapan),
- Al-Khathawat (langkah-langkah untuk sebuah perbuatan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan