Aku berbisik dari ruang hati, aku berlagu dari kotak jiwa, aku meriwayat dari lembar sejarah, aku berpesan dari corong insan, aku berkasih dari naluri, aku merintih dari hujung doa, aku bukan sesiapa, cuma seorang insan yg mohon dicinta pada landas bahagia dan setia...aku sekadar Wanita , sebahagian tulang rusuk Adam, Yg dekat di jiwa untuk dicinta dan dekat dihati untuk dikasihi ....

Bahana H1N1

Pada mulanya aku menyangka wabak H1N1 hanya akan menyerang di kawasan bandar sahaja. Dalam hati rasa lega, nasihat pemimpin buat lewa, ha!!! kan dah kena !, baru padan muka ! rupanya wabak ini menular juga ke kawasan saya. Mungkin sikap mendiamkan diri pihak hospital memberi kesan bersahaja kepada penduduk. 'Gaya orang kita', dah kena baru gelabah!. Paling mengejutkan pabila Tengku Puan Pahang serta 5 anakanda dijangkiti wabak ini. Rasa gusarku bertambah bila anak sulong menunjukkan sintom H1N1 ini iaitu demam/batuk dan selsema.
Aku gesa suami membawanya ke emergency untuk melakukan pemeriksaaan. Diruang letak kenderaan hospital rupanya telah didirikan khemah khusus untuk pesakit yang mempunyai sintom H1N1. Mereka hanya diperiksa di khemah ini bagi mengelakkan jangkitan merebak ke dalam hospital. Anakku hanya diberi ubat demam, ubat batuk, ubat selsema serta antibiotik. Malah yang melakukan pemeriksaan cumalah Pegawai perubatan(HA). Menurut beliau, mereka sebenarnya tidak diberi maklumat lengkap mengenai wabak ini dan cara mengedalikan serta menangani situasi tersebut.
Hari ini, merupakan hari ke 3 anakku demam. Keadaannya masih terkawal walaupun demamnya belum kebah sepenuhnya. Petang tadi, anak kecilku pula demam. Ya Allah!, lindungilah anak-anakku dari musibah itu.
Kebetulan pula Jiran Wanita kampung ku mengadakan majlis membaca Yassin serta sembahyang hajat. Dikesempatan itu aku mendoakan agar keluarga, saudara-mara, jiran tetangga ,rakan-rakan, saudara seislam dan seluruh warga negara, terlepas dari musibah ini. Andai ini suatu pembalasan dari Allah , aku pohon keampunan serta belas kasihanNya, andai ini suatu dugaanNya , aku pohon ketabahan dan kecekalan dalam mengharunginya. Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar

1 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Salam, sis...

'Gaya orang kita' memenuhi saranan kerajaan agar kita 'tidak panik' kerana wabak ini 'masih dapat dikawal'. Baru 44 orang yang mati, belum 4 ratus, belum 4 ribu... Lagipun, kerajaan kita tidak punya peruntukan yang banyak kerana duit perlu juga digunakan untuk kempen pilihan raya di Permatang Pasir dan sambutan hari kemerdekaan negara tidak lama lagi. Sekolah juga tidak boleh ditutup kerana peperiksaan utama sudah terlalu hampir, bukankah peperiksaan itu jauh lebih penting daripada nyawa? Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan juga wajib ke sekolah untuk memberi sokongan moral kepada pelajar yang mahu menduduki peperiksaan. Lagipun, mana lebih penting - ilmu atau nyawa? Tentulah ilmu, bukan?

(Pesanan: baca dengan nada penuh kecewa)